Kita ikut ketua saja. Fokus hal perpaduan. Ucapan-ucapan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Nor, Ketua Menteri Sabah kebelakangan ini sarat dengan hal perpaduan.
Dan memang tepat cara ini. Tidak ngam ada gaduh-gaduh. Lagipun, Halatuju Sabah Maju Jaya (HSMJ) fokus utama. Ini boleh jadi penyebab perpaduan pemimpin-pemimpin GRS.
Kita selalu jumpa. Dalam meeting, seminar, konvensyen atau sekadar kopi-kopi kedai India. Bila berpisah, HSMJ lah pengikat fikiran. Kepala kita sarat fikir pasal HSMJ, macam mana laksana. Jika sudah laksana, ada kah lagi yang kurang. Apakah menepati sasaran. Apakah rakyat senang hati dengan HSMJ.
Kita boleh rasa apakah rakyat senang hati sebab fikiran dalam kepala turun ke hati bertukar jadi perasaan, menyambung kepada hati rakyat. Kita boleh rasa perasaan mereka.
Nasib rakyat memandu komitmen kita laksanakan HSMJ. Sibuk-sibuk begitu, akan tutup ruang cari gaduh. Mana ada lagi tenaga dan masa untuk hal selain HSMJ kalau fikiran, perasaan dan tindakan penuh dengan hal HSMJ?
Buat apa terus bercakaran hanya kerana tidak jadi pemerintah. Perlu juga ada semangat kesukanan dalam hati orang politik. Lagipun titah Agong wajar wujud keadaan: Menang bukan menang sepenuhnya dan yang kalahpun begitu—bukan kalah sepenuhnya.
Tidak jadi Ketua Kerajaan memanglah rasa kecewa. Terlepas peluang buat sumbangan besar kepada negara.
Tapi sesekali jadi juru bangkang, seronok juga. Banyak isu boleh bangkit, bahkan, kata orang, jadi pembangkang ribuan isu boleh perjuangkan yang tidak dinampak orang kerajaan. Tetapi bangkanglah secara konstruktif. Bukan kah itu sumbangan besar juga kepada negara?
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor fokus hal perpaduan. Datuk Seri Anwar Ibrahim PM ke X, lebih lagi. Dan Takala mereka sedang memerintah, kita mesti menyokong dan berjuang bersama capai HSMJ dan Negara Madani.