UTAMAKAN KEMANDIRIAN PDIS



9 November, 2021



Kundasang: Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) hendaklah mengutamakan kemandirian. Demikan dinyatakan Datuk Prof. Madya Dr. Abd. Kadir Rosline, Timbalan Presiden PDIS ketika menyampaikan ucapan dasar pertubuhan itu dalam mesyuarat Agung Dwi Tahunan pertubuhan itu di Kundasang baru-baru ini.


Menurut Abd Kadir, PDIS hendaklah menguatkan kedudukannya supaya mampu berdikari dalam bidang yang diceburi.





Abd Kadir (duduk tengah) bersama AMT baru PDIS



Beliau yang juga Rektor UITM percaya bahawa lima tonggak PDIS perlu dijadikan pegangan Majlis Tertinggi PDIS yang baru dalam melaksanakan program-programnya. “PDIS perlu bebas politik, jadi juara dalam Islam dan bukan setakat menjadi fasilitator tetapi mesti menekan kualiti,” katanya.


Dalam mesyuarat Agung itu, Datuk Mohd Yusrie Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dipilih sebagai Presiden PDIS yang baru menggantikan Tuan Alijus Hj. Sipil yang tidak mempertahankan jawatan itu.


Turut hadir dalam mesyuarat agung itu Datuk Dr. Janathan Kandok, Mantan Presiden dan pengasas PDIS.