TIDAK SUKAR INGAT 6K1P





Definisi

Strategi Gagasan Rakyat Tandek ialah tindakan yang disusun untuk capai visi, iaitu Gagasan Rakyat Tandek diiktiraf pejuang keperluan rakyat dengan mengoptimalkan kehebatan ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian dari segi bakat kepimpinan, pengurusan, penyeliaan dan perhubungan awam. Selain daripada itu, masa, kewangan, logistik dan peralatan yang ada juga dimanafaatkan sebagus mungkin. Inilah erti Strategi Gagasan Rakyat Tandek bagi tempoh 2023-2025.


Matlamat

Tentulah strategi ini dilakukan untuk capai matlamat umum dan apa lagi yang tepat selain memudahcarakan perolehan keperluan rakyat. Dan Perjuangan ini jatuh ke bahu AJK Bahagian dan dalam hal-hal tertentu dibantu cawangan-cawangan Gagasan Rakyat Tandek dan pegawai-pegawai kerajaan.


Komponen Halatuju

Dengan kedudukan Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Tandek yang baru sahaja bertapak, Pelan Tindakan strategik 2023-2025 dibangunkan berdasarkan strategi kepimpinan dan pengurusan organisasi berkesan, iaitu pernyataan visi, misi, nilai dan falsafah yang memandu fikiran, sikap dan tindakan kepada satu arah sahaja--- Gagasan Rakyat Tandek diiktiraf pejuang keperluan rakyat. Ini bermakna, kita mewujudkan budaya dalam AJK Bahagian, iaitu melakukan sesuatu secara terancang, berterusan dan profesional.


Strategi

Dan tidak sukar ingat strategi Gagasan Rakyat Tandek. Tujuh sahaja—Keperkasaan, Kerjasama, Kekasihan, Keceriaan, Kesejahteraan, Kemadanian dan Pelatihan atau ringkasnya 6K1P.


Di bawah strategi Keperkasaan, fokusnya mengukuhkan organisasi Gagasan Rakyat Tandek dan programnya ialah pemerkasaan bahagian dengan tujuh matlamat. Pertama, mendaftar keahlian dan cawangan. Kedua, mengukuhkan pangkalan data. Ketiga, menguatkan hebahan berita media sosial. Keempat, menguatkan urusetia dan kewangan. Kelima, menuntut perkongsian kuasa. Keenam, menguatkan sokongan pengundi dan ketujuh, melakukan penilaian program.


Kedua, strategi kerjasama dan perpaduan. Di bawah strategi ini, pelaksanaannya dilakukan melalui program pemerkasaan kerjasama dan perpaduan dengan matlamat mengukuhkan kerjasama dan perpaduan dengan parti-parti GRS serta lain lain parti berkaitan di N7 Tandek, Pejabat Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kota Marudu serta Pengarah Jabatan dan Setiausaha Tetap Kementerian bersesuaian.


Ketiga, Strategi kekasihan Wanita. Strategi ini dilaksakan di bawah program sentuhan kasih gagasan rakyat. Matlamatnya untuk memberikan peluang ahli-ahli Gagasan Rakyat Tandek menghulurkan sumbangan kepada golongan susah.


Keempat, Strategi kesejahteraan. Programnya ialah isu-isu setempat dengan matlamat memperjuangkan isu-isu yang mendatangkan kesengseraan rakyat.


Kelima, Strategi keminatan belia dan beliawanis. Strategi ini dilakukan melalui program keceriaan muda mudi dengan matlamat memberikan keceriaan kepada golongan muda.


Keenam, Strategi pembangunan sumber manusia dan penggalakan pertumbuhan industri dan programnya ialah Pembangunan Sumber Manusia. Matlamatnya ialah memberikan bimbingan, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai untuk menjadi usahawan.


Ketujuh, Strategi pembangunan Tandek madani maju jaya. Programnya ialah Tandek Maju Jaya, manakala matlamatnya ialah Tandek Daerah Kecil. Kesimpulan Strategik 6K1P menyatukan, menyelaras, menyusun fikiran, tingkahlaku dan tindakan Ahli Jawatankuasa Bahagian N7 Tandek kepada satu fokus---Gagasan Rakyat Tandek diiktiraf pejuang keperluan rakyat.