SEKILAS MEMORI HARI KELUARGA SEKOLAH RENDAH DAN TADIKA ADVENT DAMAI



( Laporan Dato’ Dr. Janathan Kandok & Foto Jude Maxwell Mungkit dan Jaburah Dagilon)



BIASANYA, pada zaman ini, surat jemputan tidak perlu dihantar dengan tangan sebab ia boleh muncul begitu saja dalam hand phone tetapi kerana begitu menghormati jemputan, Albert Simber, AJK Perhubungan Hari keluarga Sekolah Rendah dan Tadika Advent Damai sanggup datang jumpa Penulis sendiri. “Jangan lupa datang,” katanya mengingatkan Penulis hari keluarga berkenaan pada 28 November 2024.


Ketika Penulis tiba di majlis tersebut bersama Jude Maxwell Mungkit, Ketua Penerangan Pemuda Gagasan Rakyat Tandek, para jemputan, sekitar hampir 200 orang, sudah sampai, mengingatkan Penulis terlambat sekitar 1 minit. Mendengar cakap Penulis, “sorry terlewat,” Datuk Hendrus Anding, ADUN Tandek cepat menjawab, “Datuk bukan lambat, saya yang awal sampai.”





Hendrus (2 kiri) dan Juhin (2 kanan)





Duduk sebaris dengan Datuk Hendrus di hadapan pentas yang dihias indah Datuk Abdul Latiff Kandok, Mantan Pegawai Daerah, Datuk Jilid Kuminding, Mantan Duta Malaysia, Datuk Dr. George Sangkin, Mantan Ahli Parlimen Kota Marudu, Octavius Guling, Penyelia Pendidikan SDA Mission Sabah, Penulis dan Sina Pangayas.





Dalam majlis itu, empat tokoh SRA Damai menerima penghargaan atas sumbangan kepada sekolah berkenaan, iaitu Ir. Joel Masilung, Dusip Dayou, Siva Kumar Krishnan dan Linnis Ansoi. Turut menerima penghargaan ialah guru-guru yang banyak berjasa kepada sekolah, iaitu Albert Simbir, Richard Bernard, Witha Sina, Anitha Miro dan Vincent Bernard.



Turut diberi penghormatan menandatangani bunting khas ialah Datuk Hendrus Anding, Datuk Abdul Latiff Kandok, Datuk Jilid Kuminding, Datuk Dr. George Sangkin, Juhin Masilung dan Penulis.


Turut hadir dalam majlis itu Saban Sawayan, Presiden Alumni SRA Damai, Koprol Rickmon Mailin, Pegawai Perhubungan Sekolah, Jaimah Gurod, Ketua kampung Damai dan Rusidah Kinsalan, Pengerusi JKKK Damai.


Dalam majlis itu Datuk Hendrus Anding yang juga Pembantu Menteri I Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, mengumumkan peruntukan bagi menampung keperluan sekolah tersebut. Beliau juga berjanji memberikan peruntukan pembinaan kelas secara berfasa bermula tahun 2026.





Hendrus



Terdahulu, Juhin Masilung, Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Keluarga berkenaan yang juga rakan sekolah Penulis di SRK Tandek memaklumkan beberapa keperluan sekolah tersebut untuk keselesaan pelajar dan juga mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah tersebut. Juhin yang juga veteran pastor Seventh Day Adventish Church mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan dan jasa kepada sekolah tersebut.





Juhin



Hari keluarga dijayakan Jawatankuasa Induk Hari Keluarga SRA Damai dan Tadika Advent Damai. Pengerusi Jawatankuasa Induk, Pastor Juhin Masilung, Timbalan Pengerusi, Cikgu Robert Garatam, Setiausaha Cik Tati Kartika Mojinim & Puan Masny Jubin, Bendahari En. Andrian Jois & Cik Emilly Clores Richard dan Jawatankuasa Pelaksana, En. Albit Simbir, Pr. Juri Rumondok, Pr. Juri Rumondok, En. D Roger Ukun & En. Nazli Jablie, Pn. Emilia Bernard & Pn. Joeimi J. Lazimin, En. D Roger Ukun & (Guru-Guru Lelaki), Pn. Syarnie Ujin & Pn. Hylmie Giok Emcee, Pn. Veronica Alfred & En. Febio H. Harmun, En. Andyrian Jois & Pr. Junus Epol, Cik Tati Kartika, Pn. Masny Jubin & Pn. Hylmie Giok, Cik Tati Kartika, Pn. Masny Jubin & Pn.Hylmie Giok, Pn. Sulina Sawayan & En. Albit Simbir, Cik Juaanah Juannes (Kelab Kebudayaan), En. Willie Marcus Media Seru Media, Cik Shazliante H.Matlunad, Cik Caroline Juhin, Cik Zie Ann, En. Robert Garatam & En. Albit Simbir dan Pn. Mariana Mius & Cik Lynchea Matius.