Kg. Kotud, Simpangan, Kota Marudu 27 Oktober 2024: Peristiwa yang dilalui Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebelum menjadi Presiden Gagasan Rakyat adalah sejarah penting Sabah.
Demikian dinyatakan Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N.7 Tandek ketika berucap dalam Majlis Suai Kenal di Kampung Kotud hari ini.
Katanya, “ macam mana Hajiji atur langkah politiknya, selepas keluar UMNO, untuk cari jalan yang ngam betul-betul kasi terus perjuangan, adalah pengetahuan yang berguna bagi orang awam.”
Menurut Dr. Janathan, Hajiji bukan meninggalkan UMNO kerana sebab peribadi tetapi meneruskan misi perjuangan membela rakyat Sabah.
Katanya, kemasukan Hajiji ke Gabungan Bersatu Sabah kemudian menjadi Pengerusi BERSATU Sabah dan selepas itu mengasaskan GRS adalah tindakan untuk menstabilkan politik Sabah.
“ Hajiji bawa misi kasi stabil politik Sabah. Politik Sabah berpecah-pecah. Banyak parti tempatan dan luar, ngamlah ada pemimpin kasi gabung parti lokal Sabah, macam Sarawak kata Dr. Janathan, merujuk Gabungan Parti Sarawak.
Dr. Janathan juga berkata bahawa situasi genting berikutan tindakan meninggalkan BERSATU yang dihadapi Hajiji yang baru sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri ke 16 adalah penting diketahui rakyat.
“Hajiji baru saja jadi Ketua Menteri Sabah tapi kerajaan yang dia pimpin dicabar rakan sekutunya dalam GRS dan parti lawan. BN tarik sokongan. PKDM dan Warisan bilang Hajiji perlu turun dari jawatan Ketua Menteri sebab hilang kelayakan pimpin kerajaan,” kata Dr. Janathan.
Menurut Dr. Janathan, peristiwa Hajiji disahkan positif Covid dan menjalani rawatan di hospital ketika awal pemerintahannya tidak sepatutnya dilupakan.
“ Baru saja jadi ketua kerajaan sudah sakit. Ini cabaran sulit. Ketua Kerajaan dijangkiti virus paling bahaya, siapa-siap kena jangkit, nasibnya macam hidup atau mati. Covid sangat bahaya. Banyak terkorban tapi mujur Hajiji selamat,” kata Dr. Janathan.
Dr. Janathan memuji Hajiji sebab walaupun ada cubaan rampasan kuasa dan tidak sihat tetapi berjaya memperkenalkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
“Hajiji tidak honey moon, raikan perlantikan ke jawatan tinggi Sabah (Ketua Menteri) sebaliknya dalam sakit-sakit dia fikir kasi maju Sabah. Dia kasi lancar Hala Tuju Sabah Maju Jaya ngam-ngam enam bulan dia jadi Ketua Menteri. Ini patut dapat pujian,” kata Dr. Janathan.
Majlis suaikenal dan saringan Bintang Gagasan Rakyat Tandek adalah anjuran Gagasan Rakyat Bahagian Tandek.
Turut hadir dalam majlis itu Singan Lingkubang, Naib Ketua Bahagiqn, Haqira Jondly, Ketua Beliawanis Bahagian, Rita Hamdan, Naib Ketua Wanita (Bahagian, Rosny Gansongeng, Bendahari Wanita Bahagian, Sakira Gafar, Naib Ketua Beliawanis Bahagian, Jaburah Dagilon, Ketua Penerangan Wanita, Jude Maxwell Mungkit, Ketua Penerangan Pemuda Bahagian dan Kerrion Maidon, Ketua Biro GAHMUDA Tandek serta Ketua Cawangan gagasan Rakyat Kg. Kotud, Patiu, Simpangan dan mantan-mantan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK kampun-kampung dalam Pusat Daerah Mengundi Simpangan.