REMBESAN KEGEMBIRAAN KRITIKAL BAGI PEMIMPIN PGRS



Bian Republik Kota Marudu, 22 Ogos 2024: Pemimpin Gagasan Rakyat Tandek, perlu sentiasa ceria dalam melaksanakan tanggungjawab.


Berucap dalam pelancaran Program Kecergasan dan Kesihatan Anjuran Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Tandek, Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek berkata,


“ Melalui pembacaan saya, kegembiraan berlaku melalui empat rembesan hormon kegembiraan iaitu hormon Dopamin iaitu ganjaran nikmat, hormon Oksitosin iaitu hormon cinta, hormon Serotonin iaitu pengimbang mood, dan hormon Endrophin, iaitu pemusnah kesakitan,” kata Janathan.


Menurut Janathan hormon ganjaran nikmat dirembeskan apabila seseorang itu meraikan kejayaan kecil, makan, mendengar musik dan memakai alat penjagaan diri.


Kata Janathan, hormon cinta pula dirembeskan apabila seseorang memelihara binatang, bergurau dengan bayi, memeluk orang tersayang, memberi pujian, dan bersedekah.


Menurut Janathan lagi, hormon pengimbang mood dirembeskan apabila seseorang berlari, berzikir, berjemur di bawah sinaran matahari, hiking dan berbasikal.


Kata Janathan yang juga mantan Pengarah Kastam Negeri Sabah, hHormon pemusnah kesakitan dirembeskan apabila bergelak ketawa, menghidu wangian, makan coklat hitam, dan menonton filem komedi.


“Kamu gembira kalau lakukan aktiviti yang keluarkan hormon kegembiraan dirembeskan”, katanya.


Menurut Janathan, “Wanita Hebat adalah Wanita sihat. Tetapi melebihi segalanya, adalah wanita hebat wanita gembira. Buatlah aktiviti yang dapat merembeskan hormon kegembiraan”, katanya.


Terdahulu, Norainah Selamat, Ketua Pergerakan Wanita GagasanRakyat Tandek akan mewujudkan Task Force untuk mengeratkan silaturrahim dalamkalangan Wanita Gagasan Rakat Tandek.


Program Kecergasan dan Kesihatan juga akan diteruskan dan dianjurkan oleh Pengerusi Penganjur yang berbeza.


Turut hadir G5 Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Tandek yang terdiri daripada Rita Hamdan , Rosny Gansongeng, dan Debora dagilon.





Janathan





Norainah