RAKYAT WAJAR JADIKAN PEMIMPIN TERHUTANG BUDI



Oleh Bullan Tawana, 29 July 2023



Tandek, 29 Julai, 2023: Rakyat wajar menjadikan pemimpin terhutang budi kepada rakyat, kata Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek.


Berucap merasmikan Majlis Kupi-Kupi Gagasan siri II di Pejabat Gagasan Rakyat Tandek di Simpang Tiga Damai, Tandek, Janathan yakin bahawa lazimnya seseorang yang terhutang budi akan membalas budi.


“Samada orang itu pemimpin atau orang biasa akan balas budi jika terhutang budi. Jadi pemimpin yang telah terima budi dari rakyat akan kerja rajin balas budi,” kata Janathan yang juga mantan Pengerusi Pasukan Pembangunan Ekonomi SOSEK-MALINDO.


Menurutnya lagi, pemimpin yang berhemah tinggi akan berasa malu jika tidak dapat membalas budi rakyat yang diberikan kepadanya.


“Pemimpin budiman akan rasa malu, tidak dapat angkat muka jika tidak dapat balas budi rakyat.”





Barisan kedua: Janathan (kiri 3) bersama dengan Zaman (kiri 1), Norainah (kiri 2), Magimbal, Pengerusi Penganjur (kiri 4) dan Koyo (kiri 5). Barisan pertama: Edna , Setiausaha Penganjur (kiri 3)



Menjawab soalan, apakah yang dimaksudkan budi rakyat kepada pemimpin, beliau berkata, “Pemimpin yang peka, sokongan rakyat kepada visi yang diperjuangkan sudah cukup kuat jadikan pemimpin terhutang budi.”


Kepada satu lagi soalan tentang bagaimana pemimpin yang terhutang budi itu dapat membalas budi rakyat, Janathan berkata, “ Apakah yang diharapkan rakyat dari pemimpin? Tentulah komitmen memenuhi keperluan rakyat.”


Beliau yang juga mantan Pengarah Kastam Negeri Sabah, percaya, terutama jika pemimpin itu ada tinggi dalam kerajaan atau sekadar mainkan peranan penting yang disokong kerajaan, urusan balas budi itu jadi begitu mudah dan berkesan.


Janathan mengakui majlis itu adalah penting sebagai cara meraikan kejayaan-kejayaan kecil Ahli Jawatankuasa Bahagian sejak ditubuhkan pada 9 April, 2023.


“Kejayaan kecil wajar diraikan. Nampak kecil tetapi sangat penting. Timbunan kejayaan kecil-kecil itulah adanya nanti kejayaan besar,” kata Janathan.


Majlis Kupi-Kupi Gagasan adalah antara kegiatan Pelan Tindakan Strategik Gagasan Rakyat Tandek 2023-2025 yang bertujuan menanamkan budaya Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Bahagian.


Majlis itu dimeriahkan dengan pertandingan “Mongigol”, tarian tradisional Kimaragang dan menyanyi berpasangan.


Pembiayaan majlis tersebut dilakukan di bawah konsep “Mangan niya mangan asal kurung-kurung” yang membawa maksud makanan hal kedua yang penting dapat berkumpul-kumpul.


Terdahulu, Magimbal Ibun, Pengerusi Penganjur Majlis berkenaan merakamkan penghargaan kepada semua AJK pelaksana majlis yang telah bersungguh-sungguh menjayakan majlis berkenaan.


Hadir dalam majlis itu antaranya ialah Datin Justina Tuyundo, Setiausaha Bahagian, Norainah Binti Selamat, Ketua Wanita, Hilman Dino Lantubon, Ketua Pemuda, dan AJK bahagian lain, iaitu Dato’ Zaman Bin Bayang, Koyo Mindong, Laibat Bin Gaul, Rejohn Incap @ Eddy Ingat, Donny Bin Kamedis, Aslinah Binti Binson dan Rosny @ Rosnie Gansongeng serta Edna Majudil, AJK Wanita.