“Pelantar Digital PPMCS adalah manifestasi daripada visi kita untuk memastikan setiap ahli Pengakap di Sabah mempunyai akses kepada sumber pendidikan dan latihan yang berkualiti, tanpa mengira lokasi geografi mereka. Ahli Pengakap di seluruh Sabah kini boleh mengakses modul-modul latihan, bahan-bahan pendidikan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan aktiviti Pengakap melalui pelantar ini, ujar beliau yang juga ADUN Bengkoka.
PPMCS Sabah Scout Fasa 1.0 mempunyai beberapa ciri utama seperti memaparkan profil pengguna melalui e-kad, merekodkan segala transaksi dalam aplikasi, hebahan aktiviti-aktiviti pengakap, menyediakan kemudahan membeli atau menjual keperluan pengakap dan banyak lagi menepati objektif pendigitalan perkhidmatan seperti yang tegaskan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah (KPPNS), Tuan Jamaludin @ Jamal Bin Jinal.
“Pendigitalan perkhidmatan akan mengukuhkan tadbir urus PPMCS, menoktahkan ketirisan atau kehilangan wang PPMCS, membina kepercayaan kepada semua pihak berkepentingan seperti KBS, badan-badan korporat, syarikat-syarikat, individu tertentu, warga PPMCS, dan juga ibu bapa, menaikkan imej dan nama baik PPMCS dan menyahut saranan kerajaan yang menggalak pendigitalan perkhidmatan,” katanya.