Kota Kinabalu, 16 Julai, 2023: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (Pengakap Sabah) melantik Konsultan dan Pesuruhjaya Pengakap baru untuk memperkasakan Pengakap Sabah.
Berucap dalam majlis penyerahan watikah perlantikan yang penuh istiadat mengikut undang-undang pengakap di Ibu Pejabat Pengakap Sabah, Jamal Jinal, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah mengajak konsultan dan pesuruhjaya pengakap baru memajukan Pengakap Sabah.
“Fly with me,” kata Jamal, merujuk kepada visinya menjadikan Pengakap Sabah bertaraf dunia.
Menurut Jamal yang juga mantan Pengarah Akademi Kastam Sabah, 10 strategi utama perlu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk mencapai visi tersebut iaitu, tabir urus yang mantap (good governance), latihan yang berkesan, peningkatan keahlian, kesukarelaan, jalinan kerjasama, youth involvement and empowerement, penjenamaan (image & visibility), pengurusan sumber dewasa dalam kepengakapan (managing adults in scouting), kepelbagaian dan kebersamaan dan sumber kewangan yang berterusan.