PERJUANGKAN IDEOLOGI GAGASAN RAKYAT



Tandek, 11 Februari, 2024: Ahli-ahli Gagasan Rakyat Bahagian Tandek digerakkan untuk memperjuangkan ideologi Parti Gagasan Rakyat Sabah.


Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Tandek berkata demikian ketika melancarkan Takwim Pra Pilihanraya bahagian tersebut hari ini di dewan terbuka D’ Pagung, Asin-Asin.


Menurutnya ideologi Parti Gagasan Rakyat Sabah adalah set kepercayaan bahawa sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin politik Sabah bersatu dalam satu platform politik tempatan yang dikuasai sepenuhnya pemimpin tempatan untuk mentadbir negeri Sabah.


Menyebut ungkapan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Presiden Parti gagasan Rakyat Rakyat sabah, iaitu “Parti ini, rumah kita. Rumah kita, kita yang jaga. Rumah kita, kitalah tuannya. Rumah kita, kita pelihara sebaiknya. Dapur kita, kitalah penentu menu dan resipinya,” Janathan yakin parti ini berbaloi untuk diperjuangkan.


“Ungkapan presiden tersebut adalah asas yang kuat untuk kita berjuang. Ia membawa makna, pemimpin Sabah bebas mentadbir negeri ini, sesuatu yang rakyat inginkan selama ini. Ia berbaloi untuk diperjuangkan” kata Janathan.


Menurut Janathan, sebagai pemimpin Gagasan Rakyat Sabah peringkat bahagian, Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian, Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda, Beliawanis dan Wanita, Pengerusi-Pengerusi Biro dan Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi hendaklah menjadi pejuang kepada ideologi Gagasan Rakyat.


Sebagi pejuang, pemimpin peringkat bahagian adalah barisan ahli parti yang bukan sahaja meyakini dan memahami ideologi tetapi juga menggerakkan ahli di peringkat lokaliti untuk melaksanakan perjuangan.


“Tahun 2024 adalah tahun pelaksanaan takwim Gagasan Rakyat bahagian Tandek. Kita gerakkan semua ahli melaksanakan apa yang telah ditetapkan dalam takwim ini. Inilah perjuangan kita tahun ini,” kata Janathan.


Dalam majlis itu, ahli-ahli parti yang terpilih menerima watikah perlantikan pelbagai peranan penting untuk menghadapai pilihanraya.


Turut Hadir dalam majlis tersebut, Jeson Majimal (Timbalan Ketua Bahagian), Singan Lingkubang (Naib Ketua Bahagian), Datin Justina Tuyundo (Setiausaha Bahagian), Hilman Dino Lantubon (Ketua Pemuda). Siti Hakira Jondly (Ketua Beliawanis), dan Norainah Selamat (Ketua Wanita).





Depan dari Kiri Justina, Jaburah, Norainah, Jeson, Janathan, Hakira, Singan dan Hilman