PENGAKAP SABAH LAKAR SEJARAH LATIH AHLI JADI PENULIS BERITA



Oleh Datu Ezuan Ameer Bin Datu Abd Jalil, 09 September 2023





Sembulan: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) lakar sejarah dengan penganjuran Bengkel Kemahiran Penulisan Berita buat julung kalinya.


Penyelaras bengkel, Karmilla Amirkhan berkata demikian dalam sesi penilaian bengkel berkenaan di Rumah B-P Kota Kinabalu hari ini. “program sebegini sangat bermanfaat untuk melatih pengakap seluruh Sabah dalam menyampaikan maklumat yang sahih, lebih-lebih lagi dalam menangani isu berita palsu,” katanya yang juga Penolong Pesuruhjaya Negeri (Pengurusan dan Tadbir Urus) PPMCS.


Katanya lagi, sepuluh peserta ini merupakan pelopor penulis berita Pengakap Sabah. “kami (PPMCS) ingin mengetengahkan aktiviti kepengakapan di Sabah dan mereka inilah yang akan merealisasikan Sabah Scout Digital yang telah dilancarkan pada Jun lalu”.


Bengkel ini telah dihadiri sepuluh orang ahli pengakap yang terdiri daripada Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin dan Ahli Kelana dari pelbagai daerah Sabah. Turut hadir Nourman Rayn Bin


Datuk Dr. Hj. Awang Zaini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah. Datuk Dr. Hj. Janathan Kandok, Konsultan Penulisan dan Kewartawanan Pengakap Negeri Sabah, adalah penceramah bengkel tersebut.