PEMUDA PUNYA PERANAN PENTING DI AMBANG PILIHANRAYA



Kota Marudu 3 November 2024: Pergerakan Pemuda Bahagian Gagasan Rakyat N7 Tandek mempunyai peranan penting dalam persiapan menghadapi pilihanraya negeri ke-17.


Ketua Penerangan Pemuda berkenaan, Jude Maxwell Mungkit, berkata bahawa dengan penguasaan media sosial, pemuda boleh memanfaatkan platform ini untuk menyebarkan maklumat mengenai calon dan menerangkan isu-isu semasa.


Menurut Jude ramai pemuda mungkin menjadi pengundi buat pertama kali. Mereka perlu diberi pengetahuan mengenai proses pilihanraya dan kepentingan penglibatan mereka melalui bengkel atau seminar.


Katanya, pemuda wajar terlibat dalam sesi ceramah atau perbincangan untuk mendidik masyarakat tentang isu-isu politik dan hak-hak Sabah dalam MA63 yang dinafikan.


Kepada soalan, apakah Gagasan Rakyat N7 Tandek bercadang mencalonkan mana-mana pemimpin pergerakan pemuda, Jude yang lebih dikenali sebagai Omon berkata, “ tidak mustahil tapi terpulang pihak atasan tentukan.”


Beliau berkata demikian kepada pemberita The Voter Post di pejabat pentadbiran Gagasan Rakyat N7 Tandek hari ini.


Pilihanraya Negeri ke 17 akan diadakan dalam tempoh kurang daripada setahun memandangkan pilihan raya Negeri lalu diadakan September 2020.





Omon