“Kami berjaya menentukan halatuju kami, tidak lain tidak bukan, iaitu visi dan misi kami yang telah diamanahkan oleh Ketua Bahagian kami Dato’ Dr. Janathan Kandok bahawa kami harus menjadi satu organisasi dan badan yang diiktiraf sebagai pejuang keperluan rakyat khusus di N7 Tandek. Jadi kami merupakan AJK Pemuda mengkhususkan pemuda dan belia di Kawasan kami N7 Tandek kami memastikan semua keperluan belia dipenuhi,” kata Hilman.
Hilman juga memaklumkan bahawa antara kegiatan Pergerakan Pemuda yang dipimpinnya ialah Tandek Tea Party yang akan diadakan di pelbagai tempat di seluruh Tandek.
Turut hadir dalam mesyuarat itu, Dato’ Dr. Janathan Kandok (Ketua Bahagian), Datin Justina Tuyundo (Setiausaha Bahagian) dan Harry Jeson (Naib Ketua Pemuda)