Pinawantai Matunggong, 21.9.24: Ahli-ahli GRS bersatu supaya GRS menang dalam PRN 17 akan datang.
Ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Tahunan PGRS Bahagian N5 Matunggong, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Timbalan Presiden PGRS berkata, "Kita mesti bersatu mempastikan kemenangan calon kompenen GRS.”
Katanya lagi, pilihan raya akan datang ini mungkin lebih mencabar dari yang sebelumnya. Namun kita harus berjuang untuk terus memerintah.
Menurutnya yang juga Menteri kewangan Sabah, banyak lagi yang perlu di buat untuk memajukan negeri Sabah ini yang memerlukan GRS memerintah Sabah semula.
Terdahulu dalam ucapan aluan, Barlus Mangabis, Ketua Bahagian N5 Matunggong berkata bahawa PGRS Matunggong semakin kukuh.
" PGRS Matunggong semangkin kuat. Kini Matunggong ada 58 Cawangan, “ katanya.
Majlis itu dihadiri lebih 400 orang. Turut hadir Datuk Julita Majingki, Adun Matunggong, Datuk Maijol Mahap,Ketua Bahagian PGRS N6 Bandau, Dato' Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian PGRS Tandek, Johari Suhaimin, Ketua Bahagian PGRS Kundasang, OKK Ruslan Duraman, Ketua Bahagian PGRS Kadamaian, Sulaiman Bakrin, Timbalan Ketua Bahagian, Tg Kapor, Sarapin Magana, Timbalan Katua Bahagian PGRS N5 Matunggong, Ketua-Ketua Bahagian Parti Komponen GRS. Turut hadir juga Datin Justina Tuyundo, Setiausaha Bahagian PGRS N7 Tandek dan Benji Ismun, Setiausaha Komuniti Madani Simpang Tiga Damai.