MANUSIA SEBAIK-BAIK KEJADIAN, KATA DR. JANATHAN



Kg. Gana, 22 November 2024: Manusia adalah sebaik-baik kejadian, kata Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek.


Berucap dalam Majlis Saringan Bintang Gagasan Rakyat Tandek, Janathan yang juga seorang penulis berkata manusia dijadikan Tuhan lebih baik berbanding makhluk lain dan kerana itu manusia walau di mana berada ada keupayaan memajukan diri dalam pelbagai bidang.


“Saya yakin kita boleh maju dalam pertanian dengan syarat ada orang yang pimpin untuk majukan bidang ini,” kata Dr. Janathan.


Menurut Dr. Janathan, sesuatu masyarakat itu berusaha untuk maju jika berasa dirinya ada tekanan. Sambil mengakui bahawa masyarakat Gana adalah baik yang tidak mendatangkan tekanan, Dr. Janathan menyeru supaya menjadikan tekanan hidup sebagai pendorong untuk memajukan diri khususnya dalam bidang pertanian.


“Janganlah risau jika hasil pertanian tidak laku di tamu-tamu kerana pasaran hasil pertanian pada zaman ini bukan lagi di tamu-tamu, sebaliknya di pasaran antarabangsa,” kata Dr. Janathan yang juga mantan pegawai kerajaan yang terlibat dalam memudahkan urusan import dan eksport hasil pertanian.


Menjelas bagaimana taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan, Dr Janathan yakin bahawa jika Tandek membuka sempadan melalui pewujudan Pelabuhan Kota Marudu maka pasaran hasil pertanian Tandek tidak terbatas.


“Janganlah kita harap sangop (timun) laku di tamu sebab pengunjung tamupun ada tanam sangop juga. Kita perlu jual sangop di negara lain,” kata Dr. Janathan.


Menyebut, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, dan Semporna sebagai contoh yang mulanya sebuah kampung kecil tetapi kini merupakan bandar utama di Sabah kerana mempunyai pelabuhan yang memudahkan pasaran hasil pertanian ke negara jiran, Dr. Janathan yakin Tandek boleh menyamai kemajuan yang dinikmati bandar-bandar pantai timur Sabah.


Terdahulu, Jeson Majimal, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek, dalam ucapannya berkata Program Bintang Gagasan Rakyat Tandek adalah wadah utuk mencukil bakat selain bersuaikenal dengan masyarakat.


Beliau juga memaklumkan bahawa Dato’ Dr. Janathan Kandok adalah penulis buku Wawasan Tandek yang diterbitkan dalam tahun 1989 yang telah menyebut betapa perlunya Tandek diangkat sebagai daerah kecil Tandek.


Berucap sebagai wakil Ketua Pusat Daerah Mengundi Gana, Mailin Ayab berkata bahawa Parti Gagasan Rakyat adalah baru di N7 Tandek dengan visi yang jelas, iaitu utk meningkatkan taraf hidup Rakyat.


Menurut Mailin, Tandek bertuah kerana Dr. Janathan adalah pemimpin baru yang mpunyai imej baik dan mempunyai pengalaman luas tentang pentadbiran peringkat negeri. Dengan adanya beliau dalam politik Tandek, rakyat mempunyai seorang lagi pemimpin pilihan selain daripada pemimpin-pemimpin sedia ada.


Mailin mengucapkan selamat berjuang kepada Gagasan Rakyat Tandek untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.


Turut hadir dalam majlis itu Datin Justina Tuyundo (Setiausaha Bahagian), Debora Dagilon (Ketua Penerangan Wanita Bahagian), Jude Maxwell Mungkit (Ketua Penerangan Pemuda Bahagian), Aslinah Benson (Penolong Setiausaha Wanita Bahagian), Halijah Haris (Ketua Penerangan Beliawanis Bahagian), Kerrion Maidol (Exco GAMUDA Negeri Sabah), penaja Ketua Cawangan Kg. Garung (Jumit), Kg Gouton (Johan/Bidin) serta Ketua-Ketua Kampung Pusat Daerah Mengundi Gana dan Gouton.





Barisan depan Jeson (2 kiri), Dr. Janathan, Jumit, Johan dan Bidin, barisan belakang Aslinah (4 kiri) dan Justina (5 kiri)





Dr Janathan (depan 5 kiri) bersama sebahagian hadirin





Barisan depan Aslinah (1 kiri), Justina (2 kiri), barisan belakang Halijah (1 kiri ) dan Debora (2 kiri)