MANTAN PEGAWAI EKSEKUTIF TERIMA IJAZAH



22 December, 2021



Skudai, Johor: Abdul Said Ombok, Mantan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan menerima Professional Master in Political Science daripada Universiti Teknologi Malaysia, Johor pada 20 Disember lalu.





Abdul Said Ombok



Turut menerima Ijazah Sarjana daripada universti berkenaan Datuk Johnny Masitun, Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Datuk Sairin Karno, Mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.


Abdul Said mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Business Management daripada Johnson & Wales University, Rhode Island, USA.


Abdul Said pernah bertugas di pelbagai daerah di Sabah sebagai Pegawai Eksekutif sebelum bersara pada Julai 2021.


Ketika ini beliau memimpin Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti dan SAFA Daerah Putatan.


Abdul Said dilahirkan di Kg. Taritipan, Tandek Kota Marudu tetapi di besarkan di Kebun 14, Langkon Rubber Estate. Beliau merupakan anak ke empat dalam sembilan bersaudara. Ibunya, Ransikin Alit adalah dari etnik Dusun Kimaragang, manakala bapanya, Ombok Ali adalah dari etnik Bajau Sama.