MANGAN NYIA MANGAN ASAL KURUNG-KURUNG





Gagasan Rakyat sangat penting sebab saluran untuk bantu rakyat tetapi melebihi segalanya ialah presidennya—Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor— adalah Ketua Menteri Sabah. Keadaan ini menjadikan tiada pilihan bagi Gagasan Rakyat Tandek melainkan menampakkan pengaruh kewujudan parti ini di Tandek.


Sebab kewujudan parti ini memang banyak tetapi di Tandek, parti ini wujud kerana memperkasakan Kebaikan Gagasan Rakyat kepada rakyat melalui Pengukuhan Organisasi Bahagian, Kerjasama dan Perpaduan , Kesejahteraan rakyat, Kekasihan Wanita, Keminatan Belia dan Beliawanis, Kemadanian Tandek Maju Jaya dan Pelatihan Sumber Manusia dan Penggalakan Pertumbuhan Industri.


Bagi memandu pemikiran, sikap dan tindakan ahli-ahli PGRS Tandek, nilai utama yang tetapkan ialah Mangan Nyiah Mangan Asal Kurung-Kurung. Kami menerima nilai ini yang membawa maksud tidak mengapa tiada makan asal dapat jumpa-jumpa kerana mengandung elemen perpaduan serta kesukarelawanan.


Nilai ini diperkukuhkan dengan nilai Setiakawan. Maksudnya, jika seseorang ahli mempunyai impian yang secara berseorangan tidak mampu lakukan maka semua ahli akan datang membantu hanya kerana mereka adalah sahabat.


Inipun tidak cukup sebab nilai seterusnya ialah semangat Gotong Royong untuk wujudkan keadaan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kerja berat jadi ringan, kerja sulit jadi mudah.


Nilai seterusnya ialah Profesional. Di bawah nilai ini, sikap kami ialah tidak melakukan tugas semata-mata mahu selesaikan tetapi berasa malu jika hasilnya tidak bagus sebab tidak pandai buat atau buat cincai saja. Dan melebih segalanya ialah ahli-ahli Gagasan Rakyat berfikir dan bertindak pantas. Tegasnya, kami menolak sikap melengah-lengahkan tindakan.


Sungguhpun nilai-nilai di atas diamalkan ahli-ahli perlu juga ada pembakar semangat. Apa lagi yang lebih tepat selain slogan—Prihatin Rakyat!!! Slogan ini akan menjadi sebutan ahli-ahli dalam majlis-majlis rasmi mahupun majlis informal seperti dua ahli atau lebih bertemu slogan ini boleh dijadikan pemula kata supaya pertemuan dapat menjadi lebih bermakna dan bersemangat.


Inipun tidak cukup sebab ibarat mengemudi kapal besar, captain perlu ada kompas yang memandunya ke destinasi. Demikian halnya Gagasan Rakyat Tandek, perlu ada kompas untuk menyampai kepada visi—diiktiraf pejuang keperluan rakyat.


Apa lagi kompas yang lebih tepat selain falsafah. Sehubungan itu, kami percaya bahawa Keperluan rakyat adalah faktor penyatupadu dalam perjuangan dan sekiranya pada akhirnya kita tidak mendapat apa-apa keuntungan, maka kita berpuas hati kerana telah menunaikan tanggungjawab terutama sekali dalam membantu meningkatkan taraf hidup golongan susah, peniaga, petani, Wanita belia dan beliawanis dan Jika kita gagal, itu lebih baik daripada berdiam diri.