"Wakil kita perlu ada budaya bercakap dengan data dan dalam konteks dasar," kata Dr. J.
Bercakap tentang isu-isu yang dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, Dr. J menegaskan, Wakil Rakyat wajar menguatkan hujah-hujahnya dengan data yang sahih dan boleh dipercayai supaya lebih berwibawa. " Setiap hujah wajib bersandarkan data. Bukan main cakap saja macam meriam buluh, barulah kualiti kepimpinannya menampakkan pengaruh," katanya.