MAHAL BAH GEARBOX





Keperluan lazimnya mengikut empat anasir yang alim ulama selalu sebut—Air, Api, Angin dan Tanah.


Di Tandek, keperluan masih berkisar tentang bekalan air bersih. Rakyat masih impikan ada paip sampai ke rumah dan bukan setakat itu tetapi harapkan air bersih selalu ada—bekalan tidak putus.


Kalau letrik putus, dipanggil blackout. Umpama orang sedang tengok TV, tiba-tiba mati karan. Kalau bekalan air terputus mungkin ngam dipanggil dryout. Contoh, sedang mandi senang hati bersiul-siul tiba-tiba tiada air padahal sedang bershampoo.


Jika hal ini disusuli dengan mati karan, maka munculah dua istilah yang paling dibenci rakyat—dryout dan blackout. Lebih menyeksa lagi time tidur tiba-tiba mati kipas atau mati aircon yang disebabkan blackout terutama mereka yang bayar banyak cukai kepada kerajaan.


Bagi petani, dryout sangat ditakuti kerana bekalan air sawah tiba-tiba tiada, menjadikan tanah sawah kering. Time Kaamatan nanti, susah cari tangkai padi untuk acara mongomot di pentas.


Tentang tanah, rakyat masih harapkan permohonan tanah yang dipohon puluhan tahun lalu sekurang-kurang ada balasan kenapa tidak lulus.


Masih berkisar tentang tanah, ada jalan raya atau jalan raya yang baik masih menjadi impian rakyat terutama di kawasan terpencil. Diorang bilang, apa guna ada Kancil jika dadanya selalu tersondol batu. Rosak gearbox satu mimpi ngeri—mahal bah tu gearbox.


Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Nor, Presiden PGRS dan juga Ketua Menteri Sabah, peka keperluan rakyat di atas. Bacalah Sabah Maju Jaya (SMJ).


Umpama main dart, Ketua Menteri telah sediakan dart board (SMJ). Terpulang kepada pemain (Pemimpin) bila lontarkan dart ke sasaran (laksanakan HSMJ).


Dalam konteks sebenar, ada 7 parti politik dalam Gabungan Rakyat Sabah sebagai pemain dart dan SMJ adalah dart board.


Kerana berwakil Rakyat, PBS paling strategik jadi ketua pemain dart di Tandek. Bila dia cakap lontar dart, yang lain-lain—PGRS, STAR, PHRS, SAPP, LDP, USNO masing-masing lontar dart ke sasaran—Halatuju Sabah Maju Jaya.


Saya percaya semua parti politik dalam GRS sudah ada visi untuk kesejahteraan rakyat. Ada dinyatakan secara bertulis ataupun dibiar berlegar bebas dalam pemikiran pemimpin- pemimpin. Dan pastinya dalam konteks Halatuju Sabah Maju Jaya.