KIMARAGANG KEMUKA CALON ANUGERAH



17 October, 2021



Kota Marudu: Pertubuhan Kimaragang Malaysia (Kimaragang) mengemukakan calon untuk Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.


Datin Justina Tuyundo, Setiausaha Agong Kimaragang menyatakan demikian dalam kenyataan media sosial hari ini.





Datin Justina Tuyundo



Ditanya siapakah penggiat Bahasa Etnik yang dicalonkan, beliau berkata calon itu adalah ahli Kimaragang dan aktif dalam kegiatan Bahasa.


“Calon kita ahli Pertubuhan Kimaragang Malaysia. Dia aktif melestarikan bahasa etnik bukan saja di peringkat negara malahan peringkat antarabangsa,” katanya.


Menurut Justina, usaha Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah memberikan penganugerahan Penggiat Bahasa Etnik Sabah adalah tepat pada masanya memandangkan Bahasa etnik Sabah menghadapi ancaman kepupusan.


“Usaha LKNS memang baik, apa lagi sekarang ini bahasa etnik Sabah tidak ramai yang mahu menuturkannya terutama golongan muda,” katanya.