Tangkol, 2/3/2024: Gagasan Rakyat Tandek di Pusat Daerah Mengundi Sunsui mula melakukan gerakan selaras dengan Tawkim parti berkenaan bagi tahun 2024.
Menurut ketuanya, Debora Dagilon persiapan kegiatan Gagasan Rakyat Tandek di PDM Sunsui dilakukan lebih awal supaya penduduk-penduduk dapat bersedia menyertai kegiatan parti tersebut.
“Walaupun Majlis Suai Kenal dilakukan pada bulan Julai tapi perlu juga sedia awal supaya orang kampung dapat ikut majlis ini,” katanya.
Debora yang juga Pengerusi Biro Perniagaan Gagasan Rakyat Tandek gembira kerana Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Gagasan Rakyat Tandek melakukan lawatan ke Kg. Tangkol. “
Kami, ahli-ahli Gagasan Rakyat Cawangan Sunsui senang hati, Dato’ Dr. Janathan Kandok, sporting, turun padang lawat kami,” kata Debora.
Dalam lawatan tersebut, Janathan melawat beberapa tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong di Kg. Tangkol.
Menjawab soalan apakah perkara yang menarik di Kg. Tangkol, Janathan berkata “ saya suka sungai ini (Kanarom). Banyak batu, jernih dan tidak dalam. Selamat untuk mandi. Tapi yang lebih menarik, ada gua tepi sungai.”
Menurut Janathan, Jambatan Gantung yang usang di pusat peranginan Mari Mari wajar dibaiki segera untuk kepentingan rakyat.
“ Tempat ini pertanian dan pelancongan. Jambatan Gantung usang ini penting bagi kemudahan pelancongan dan pengangkutan hasil pertanian,” kata Janathan.
Sepanjang lawatan itu Janathan diringi Debora, Jude Maxwel Mungkit, Ketua Penerangan Pemuda dan Norainah Selamat, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Tandek.
Foto Janathan (kanan 7), Norainah (kiri 7) dan Debora (5 kanan)