JANATHAN LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT



Oleh Bulun Tawana, 28 Mac 2023



Kota Kinabalu, Isnin: Dato’ Dr. Janathan Kandok melakukan kunjungan hormat terhadap Datuk Maijol Mahap, Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di pejabatnya di Kingfisher.


Janathan yang juga Presiden Pertubuhan Pembangunan Ekonomi Kota Marudu memaklumkan pemberita Voter Post bahawa kunjungan singkat itu bertujuan mengeratkan perpaduan Gagasan Rakyat Utara Sabah.


“Tiada tujuan selain kuatkan perpaduan dan kerjasama antara pemimpin di Utara Sabah,” katanya.


Sebelum pilihanraya ke 15 lalu, Janathan aktif dalam sebuah parti politik tempatan Sabah tetapi meninggalkan parti itu untuk menumpukan kegiatan dalam NGO.


Menurut sumber-sumber berwibawa, Janathan, Mantan Pengarah Kastam Negeri Sabah telah kembali aktif dalam politik negeri Sabah baru-baru ini.


Ditanya apakah parti politik dan peranan yang dimainkan, Janathan berkata, “ Saya lebih selesa berjuang dalam parti tempatan.”


Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan apakah peranan dalam parti tersebut.





Janathan (kiri) bersama Maijol