HAJIJI ANTAGONIS POSITIF



Kota Kinabalu 9 November 2024: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor adalah seorang pemimpin politik yang memainkan peranan antagonis positif menghadapi politik federalisme.


Bercakap kepada pemberita The Voter’s Post hari ini di Ibu Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Dato’ Dr. Janathan Kandok berkata Hajiji memilih sikap antagonis positif menghadapi konflik politik federalisme yang berkaitan dengan tuntutan MA63.


“Ada yang cakap Ketua Menteri kita, Hajiji tidak cukup keras tuntut hak Sabah yang dinafikan dalam MA63. Saya tidak setuju. Tidak perlu kasar dengan Putrajaya. Tidak keras tuntut bukan ertinya lemah, tidak tegas,” kata Dr. Janathan.


Pemimpin Gagasan Rakyat Tandek itu juga berkata bahawa Hajiji bijak mengambil pengajaran daripada perumpamaan menarik rambut daripada tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserak.


Menurut Dr. Janathan yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N7 Tandek, tuntutan MA63 adalah perkara besar yang memerlukan kebijaksanaan yang tinggi.


“Dalam movie, watak antagonis yang terlampau jahat, cepat mati tapi antagonis yang bersikap sederhana hampir menyamai pengaruh watak protagonis, malahan protagonis sanggup membantu antagonis,” kata Dr. Janathan, sambil mengakui bahawa tuntutan MA63 itu hanya menunggu masa ditunaikan.


Janathan berkata demikian sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat yang kedua yang akan diadakan pada 10 Oktober 2024 di Sabah International Conference Centre di Kota Kinabalu.





Dr Janathan