Dalam dunia politik, tidak ramai yang selesa membuka johari window kedua—Area tertutup atau wilayah facade.
Saya dan ahli Jawatankuasa Bahagian Tandek tahu informasi dalam area tertutup ini tapi orang lain tidak. Contohnya, visi Gagasan Rakyat Tandek. Selama ini hanya Kami yang tahu, rakyat tidak tahu. Jika hal visi ini kekal disembunyikan macam mana rakyat melakukan penilaian, jadi kenalah buka Johari Window.
Kini tibalah saya membuka Johari Window Gagasan Rakyat Tandek. Visi Gagasan Rakyat Tandek ialah diiktiraf sebagai pejuang keperluan rakyat.
Apakah visi ini relevan? Maksudnya, apakah visi ini selari dengan kehendak pemimpin?
Apakah visi diayatkan dengan jelas, mudah orang faham? Melebihi segalanya, apakah visi itu menepati definisi visi sebenar, iaitu suatu pernyataan besar yang menjadi sumber inspirasi dan motivasi rakyat untuk melakukan sokongan besar-besaran terhadap Gagasan Rakyat Tandek? Jawabannya, Ya.
Apa pentingnya visi ini kepada rakyat? Sangat penting. Pertama, perkataan diktiraf akan mendisiplinkan ahli-ahli Gagasan Rakyat Tandek supaya jangan leka tentang perjuangan. Mendapat pengiktirafan tidak salah, tidak bikin malu. Yang tidak ngam ialah menuntut pengiktirafan tentang hal yang tidak layak. Jestru, ahli-ahli Gagasan Rakyat Tandek akan berjuang sepenuh hati memenuhi keperluan rakyat bagi mendapatkan status diiktiraf pejuang keperluan rakyat.
Kedua, perkataan pejuang adalah penting dari sudut komitmen, patriotik dan pengorbanan. Pejuang membawa makna usaha yang bersungguh-sungguh. Kesungguhan ini didorong rasa patriotik kepada Tandek. Semangat patriotik ini mendorong pengorbanan yang tinggi dari segi tenaga, wang, material, masa dan kepakaran untuk mendapatkan keperluan rakyat.
Ketiga, visi ini relevan sebab rakyat memerlukan pejuang keperluan mereka yang bersungguh-sungguh yang didorong semangat patriotik demi kepentingan rakyat. Dan melebihi segalanya, ia adalah selari dengan Halatuju Sabah Maju Jaya dan Membangun Negara Madani.
Singkatnya, Visi ini diperlukan untuk memberikan tujuan jangka panjang dan arah yang jelas bagi setiap AJK bahagian. Dengan memiliki visi yang kuat ini, Gagasan Rakyat Tandek dapat menentukan keutamaan dan mengambil keputusan yang tepat untuk mencapai: Gagasan Rakyat Tandek diiktiraf Pejuang Keperluan Rakyat.
Sokonglah Gagasan Rakyat Tandek. Baik untuk rakyat.