Katanya, terdapat 100 pekerja Langkon Rubber Estate dan Pengurusnya orang British manakala penyelia orang tempatan. “Tuan Weith Pengurus Langkon Rubber Estate. Dia orang putih. Mandur Besar, Namanya Ali Kecil. Kerani besar, Abdul Rashid. Ada empat Mandur biasa, iaitu Mandur Ghani, Mandur Pangeran Lambuting dan Mandur Idris. Diorang orang tempatan,” katanya.
Soloi memuji ayahnya, Kutut bin Liman kerana berkemahiran menorah getah, Katanya, “Bekas torehan halus, boleh menulis atas bekas torehan itu, sangat halus dan kulit pokok getah yang ditoreh halus, diterbangkan angin sebab sangat nipis.” Menurutnya, selain ayahnya, Idris dan Jali Sidek juga pakar menoreh getah.
Kata Soloi, Langkon Rubber Estate adalah luas. “Kalau berdiri, kiri kanan [dan] nampak bukit saja [itulah sempadan Langkon Rubber Estate],” katanya.
Soloi lahir di Langkon dan bersekolah di Langkon Native Volunteer School sebelum berpindah ke St James School di Tenghilan sehingga Form One tetapi berhenti sekolah kerana bekerja di Pamol Plantations Sdn Bhd di Sandakan sebagai pegawai selama Sembilan tahun.