DR JANATHAN DILANTIK KONSLUTAN MAJLIS PENGAKAP NEGERI SABAH



Oleh Bullan Tawana, 16 July 2023



Kota Kinabalu: 16 Julai, 2023: Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek dilantik sebagai Konsultan Penulisan dan Kewartawanan Pengakap Sabah.


Mengumumkan perlantikan itu, Jamal Jinal, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah di ibu pejabat Pengakap Sabah hari ini, memaklumkan bahawa Janathan dilantik sebagai Konsultan penulisan dan kewartawanan Pengakap Sabah berdasarkan kewibawaannya sebagai penulis terkenal.


“Beliau adalah penerima Anugerah Sastera Perdana Malaysia,” katanya, merujuk kepada anugerah sastera berprestij di negara ini yang diterima Janathan dalam tahun 2000.





Jamal (kanan) menyerahkan watikah perlantikan kepada Janathan



Bercakap kepada pemberita The Voter Post, Janathan berjanji menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin. “ Saya janji laksanakan tugas dan tanggungjwab demi kepentingan Pengakap Sabah.”


Janathan yang juga mantan Pengarah Kastam Sabah adalah mantan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Sabah (Korporat).


Turut menerima watikah perlantikan antaranya, Dr Melati Bt. Jilon (Perancangan Korporat), Dr Cheong Shaw (Pengurusan Risiko), Dr Nur Thara Atikah Bt. Zainal (Sumber Dewasa – AIS).


Turut hadir menyaksikan penyerahan watikah itu Skip Nourman Rayn B. Datuk Dr Awang Zaini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah I.