DR. J MUNGKIN TANDING



Oleh Bulun Tawana, 28 October 2022



Kota Marudu: Dato’ Dr. Janathan Kandok atau lebih dikenali sebagai DR. J dalam kalangan rakan-rakan Wartawan mungkin bertanding dalam PRU 15 ini.


Menurut beberapa pemimpin tempatan yang rapat dengannya, DR. J tidak menyebut nama parti politik yang bakal mencalonkannya.


Beberapa bulan lalu, DR. J telah sebut-sebut sebagai calon parti Warisan. Bagaimanapun, spekulasi itu hilang sesudah DR. J meninggalkan parti tersebut untuk menumpukan kegiatan dalam NGO.





Dr. J



Kini Dr. J adalah Presiden PERKOM (Pertubuhan Pembangunan Ekonomi Kota Marudu).


Menurut catatan dalam Face Booknya yang dapat dikaitkan dengan halatuju PERKOM, DR. J yakin bahawa akan tiba saatnya rakyat perlu menetapkan impiannya dan masa itu sudah tiba. Sehubungan itu, DR. J mengajak rakyat Kota Marudu untuk berkongsi visi, iaitu menjadikan pendapatan rakyat Kota Marudu sentiasa bertambah.


Kearah ini, Dr. J. berbesar hati mengajak rakyat untuk mencapai misi bersama, iaitu memperkasakan penglibatan rakyat dalam kegiatan ekonomi melalui latihan kemahiran perniagaan, pembinaan premispermis mampu milik, pemajuan pelancongan, perniagaan rentas negara dan peningkatan kemudahankemudahan awam Kota Marudu.


DR. J ialah mantan penjawat tinggi perkhidmatan awam. Beliau ialah mantan Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia, Sabah, Pengarah Kastam Willayah Persekutuan Labuan dan Pengarah Kastam Negeri Sabah.


DR. J merupakan penerima tunggal Ikon Jabatan Kastam Diraja Malaysia sejak Jabatan berkenaan ditubuhkan. Dr. J juga dianugerahkan Ikon Alumni University Malaysia Sabah. Anugerah lain DR. J terima ialah Anugerah Sastera Perdana Malaysia.


DR. J yang juga seorang Jaksa Pendamai (JP) mendapat Ijazah Sarjana Muda di USA dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Kewangan, di UK DR. J mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan, latihan dan Pembangunan dan di Malaysia, PhD dalam Seni Kreatif.