Podcast Borak Harini yang dibawakan oleh Berita Harian (BH), kali ini membincangkan topik yang dekat dengan masyarakat yang pasti mempunyai pengalaman berdepan dengan masalah berkaitan telefon mudah alih berkaitan dengan bil dan langganan tanpa sedar.
Pasti ramai yang pernah berhadapan isu ini tetapi mungkin ramai juga yang pendam sendiri atau terpaksa reda sahaja selepas diajukan kepada syarikat telekomunikasi, isu tidak memihak kepada mereka.
Justeru, pastinya ramai yang berharap ada pihak ketiga yang boleh jadi seperti 'pengadil' dalam meneliti dan menyelesaikan isu mereka.
Oleh itu, podcast yang dikendalikan oleh Suzalina Halid membincangkan mengenai peranan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) sebagai Pemudah Cara Isu Perkhidmatan Telekomunikasi di negara ini bersama panel jemputan, Pengerusi CFM, Encik Mailvahanam Sundram.
Dipetik daripada: https://www.youtube.com/watch?v=c4AsAuSnEFw (Berita Harian)