BUKU TENTANG GAGASAN RAKYAT BAKAL TERBIT



Kota Kinabalu, 4 November 2024: Sebuah buku tentang Parti Gagasan Rakyat Sabah akan diterbitkan tidak lama lagi. Mengumumkan perkara ini kepada pemberita The Voter Post di Kota Kinabalu hari ini, Mazod Ondu, Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Bahagian N7 Tandek berkata, buku tersebut diterbitkan untuk bahan bacaan ahli-ahli Gagasan Rakyat N7 Tandek dan juga sebagai bahan pembelajaran dalam bengkel anjuran bahagian tersebut.


“Ahli-ahli perlu maklumat yang standard tentang Gagasan Rakyat. Maklumat dalam media sosial ada tapi tidak standard [tidak tetap]. Maklumat tidak ada campur tangan editor, kadang-kadang tidak tepat. Tidak dipercayai. Sebab itu perlu ada buku tentang Gagasan Rakyat,” kata Mazod


Ditanya, siapakah penulis buku tersebut, Mazod enggan mendedahkan identitinya. “Di N7 Tandek, ramai penulis hebat. Dalam Gagasan Rakyatpun ada,” katanya.


Ditanya sama ada pucuk pimpinan parti telah dimaklumkan tentang penerbitan buku tersebut, Mazod menjelaskan bahawa Gagasan Rakyat Bahagian N7 Tandek diketuai ahli parti yang beretika dan sudah pasti telah mendapat “lampu hijau” tentang perbitan buku tersebut.


Menurut Mazod, buku tersebut memuatkan banyak maklumat dan antaranya ialah sejauh manakah Gagasan Rakyat mengamalkan Politik Baharu dan unsur nasionalisme dalam Gagasan Rakyat.