APA SAJALAH KEMBALI TEMUI PEMBACA



30 January, 2022



Kota Marudu: Kolum APA SAJALAH akan Kembali menemui pembaca tidak lama lagi. Penulisnya, Dato’ Dr. Janathan Kandok berkata demikian ketika ditanya mengapa kolum berkenaan tidak lagi diterbitkan.


Menurut Janathan yang juga penerima Anugerah Sastera Perdana Malaysia, kolum tersebut telah diberhentikan penerbitannya berikutan penamatan operasi Surat Khabar Sabah Times pada 31 Disember, 2020.





“ Kolum Apa Sajalah terbit sekali seminggu tapi berhenti kerana Sabah Times ditutup hujung tahun 2020,” katanya.


Janathan memaklumkan APA SAJALAH akan disiarkan dalam The Voter Post tidak lama lagi.


“Mantan Chief Editor Sabah Times, Freddie Ch’ng suruh saya sambung tulis itu Apa Sajalah. Dulu, dia yang tawarkan saya jadi penulis kolum di Sabah Times,” kata Janathan.