AJK BAHAGIAN GAGASAN RAKYAT TANDEK BERSEDIA MENUJU KEJAYAAN



Oleh Bulun Tawana, 9 April 2023



KOTA MARUDU, 9 April 2023: Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Gagasan Rakyat N7 Tandek bersedia menuju kejayaan.


Berucap sebaik penubuhan AJK Bahagian tersebut, Dato’ Dr. Janathan Kandok, Penaja Ketua Bahagian tersebut berkata “Kita bukan sahaja menubuhkan AJK bahagian tetapi juga bersedia untuk berjaya.”


Menurutnya, aspek penting dalam menentukan kejayaan ialah penilaian kegiatan-kegiatan bahagian yang telah dan akan dilakukan.


Katanya lagi, para penilai bukan sahaja melakukan penilaian semasa pilihanraya malahan melakukan penilaian sepanjang masa terutama ketika bahagian itu berjaya atau gagal dalam sesuatu kegiatan.





Menurutnya lagi, para penilai bukan sahaja menilai kegagalan atau kejayaan tetapi juga komitmen bahagian ini dalam melaksanakan sesuatu kegiatan.


Katanya, tidak mengapa jika gagal sebab penilai akan turut menilai kesungguhan bahagian ini dalam mencapai sesuatu matlamat.


“ Jangan kecewa jika kita gagal sebab penilai akan memaafkan kegaggalan itu jika kesungguhan kita pada tahap tinggi,” kata Janathan yang juga Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia.