Tandek, 16 Mac 2025: Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) adalah ejen perpaduan kaum di Sabah. Berucap dalam majlis program Ziarah Ramadan PDIS, Dato’ Dr. Janathan Kandok, Mantan Presiden PDIS berkata Dusun Islam kaya dengan budaya dan kerana PDIS dipimpin orang Dusun Islam maka dengan sendirinya PDIS adalah ejen perpaduan kaum.
“Bila Dusun masuk Islam, dia bawa bersama budaya Dusun, lemah lembut. Bersopan santun dan tidak agresif. Bila masuk ke masyarakat lain beragama Islam, budaya dusun yang baik ini dibawa bersamanya. Kerana Dusun baik maka kaum lain suka kepada Dusun maka perpaduan kaumpun terjalin,” kata Janathan yang juga mantan Pengarah Kastam Sabah.
Dalam majlis itu Janathan turut menyampaikan sumbangan PDIS kepada kanak-kanak dan warga emas.
Terdahulu, Junick Bainci, Pengerusi Surau AL Mawaddah Kg. Nolotan memaklumkan tentang perjuangan penduduk-penduduk kampung Nolotan mendapatkan tapak dan surau berkenaan. Sementara Dr Romzi Ationg, Ahli Majlis Tertinggi PDIS, memaklumkan bahawa beliau berusaha untuk mengadakan majlis hari raya di surau berkenaan jika mendapat dana daripada pihak-pihak tertentu.
Turut hadir dalam majlis itu Datuk Jilid Kuminding, Mantan Duta Malaysia, Datuk Abdul Latiff Kandok (Mantan Pegawai Daerah), Prof. Dr Azlan Jualang Gansau (Penasihat Surau Al Mawaddah Kg. Nolotan), Zulzaimi Majingkin (Timbalan Surau Al Mawaddah Kg. Nolotan), Datin Justina Tuyundo (Setiausaha Bahagian PGRS Tandek), Jaburah Dogilon (Bendahari Bahagian PGRS Tandek) dan Aslinah Binson (Ahli Jawatankuasa Bahagian PDIS Tandek)


Comments