top of page

JANATHAN KANDOK JUMPA KETUA MENTERI SABAH

Kota Kinabalu, 20 Februari, 2025: Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian PGRS Tandek mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu hari ini.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pejabat urusan Gagasan Rakyat N7 Tandek, Janathan diiringi Jeson Majimal (Timbalan Ketua Bahagian), Singan Lingkubang (Naib Ketua Bahagian), Datin Justina Tuyundo (Setiausaha Bahagian) dan Jude Maxwell Mungkit (Ketua Penerangan Pemuda.


Menjawab pertanyaan pemberita The Voter Post apa butiran pertemuan tersebut , Janathan enggan menyatakan secara terperinci, bagaimanapun beliau memaklumkan antara perkara yang dibincangkan ialah perkongsian kuasa yang sepatutnya dilaksanakan di N7 Tandek.


Kepada soalan, apakah perkongsian kuasa memuaskan PGRS Tandek, beliau berkata, “bukan masanya menilai samada PGRS berpuashati atau tidak. Kita di ambang pilihanraya, fokus kita menghadapi pilihanraya.”


Kepada tanggapan orang awam bahawa pertemuan dengan Ketua Menteri berkenaan ada kaitan dengan pemilihan calon PRN17, Janathan berkata, “ hal ini sensitif, bikin gaduh. Sebaiknya, tunggu dan lihat saja.”


Janathan (kiri) dan Hajiji (kanan)
Janathan (kiri) dan Hajiji (kanan)

Janathan (3 kiri) dan Hajiji (3 kanan) bersama Jude (kiri), Singan (2 kiri), Jeson (2 kanan) dan Justina (kanan)
Janathan (3 kiri) dan Hajiji (3 kanan) bersama Jude (kiri), Singan (2 kiri), Jeson (2 kanan) dan Justina (kanan)




 
 
 

Comments


Subscribe to Our Newsletter

© 2035 by TheHours. Powered and secured by Wix

bottom of page