top of page

AYU MUNCUL JUARA

Bian Republic, 8 Februari 2025: Ayu Lerista Mansa muncul sebagai juara Pertandingan Akhir Bintang Gagasan Rakyat Tandek (BGRT) yang diadakan di Rolyian Farhan, Bian Republic Tandek.


Naib juara Vea Vellerica Hairrey, manalala Naiey Gantau, tempat ketiga.


Juri juga memilih Ayu Lerista Mansa sebagai vocal terbaik, manakala Vea Vellerica Hairrey persembahan terbaik.


Jafirin Majingkal, Rosmah Aliong, Maiwit Ayab, Stomon Nasir adalah pemenang sagu hati.


Pertandingan BGRT yang merupakan anjuran Gagasan Rakyat Tandek dengan kerjasama Pergerakan Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Tandek, telah diadakan di pelbagai Pusat Daerah Mengundi N 7 Tandek sejak Februari 2024.


Selain wang tunai, sijil dan hamper, Jawatankuasa penganjur akan menerbitkan biografi Ayu sebagai pengiktirafan terhadap bakat seni suara yang berjaya dicungkil dalam pertandingan tersebut.


Hadir dalam majlis tersebut sebagai tetamu kehormat, Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek.


Turut hadir, Jeson Majimal (Timbalan Ketua Bahagian), Singan Lingkubang (Naib Ketua Bahagian), Koyo Mindong (AJK Bahagian), Dato’ Zaman Bayang (AJK Bahagian) dan Hilman Dino Lantubon (Ketua Pemuda Bahagian), Datin Justina Tuyundo ( Setiausaha Bahagian), Mazod Ondu (Ketua Penerangan Bahagian) Rita Hamdan (Naib Ketua Wanita Bahagian), Jude Maxwell Mungkit (Ketua Penerangan Pemuda), Halijah Haris ( Ketua Penetangan Beliawanis), Sakira Abd Ghafar (Naib Ketua Beliawanis), Kerrion Maidon (Ketua GAHMUDA Tandek), Aslinah Binson (Penolong Setiausaha Wanita), Rosny Gansongeng (Bendahari Wanita), Jaburah Dagilon (Ketua Pusat Daerah Mengundi) Desmond Maijar (AJK Bahagian), Syntia Laura Juvil (AJK Bahagian), DM Herryneyear Jeson (Naib Ketua Pemuda Bahagian), Elver Elmer Jesvi (AJK Pemuda), Datuk Abdul Latiff Kandok (Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia) dan ketua-ketua cawangan gagasan rakyat pelbagai pusat daerah mengundi di N7 Tandek.


Janathan (2 kiri) menyampaikan hadiah kepada Ayu (3 kiri), diperhatikan Jeson (1 kiri), Singan (4 kiri) Koyo ( 5 kiri) dan Hilman (6 kiri)
Janathan (2 kiri) menyampaikan hadiah kepada Ayu (3 kiri), diperhatikan Jeson (1 kiri), Singan (4 kiri) Koyo ( 5 kiri) dan Hilman (6 kiri)



 
 
 

Comments


Subscribe to Our Newsletter

© 2035 by TheHours. Powered and secured by Wix

bottom of page