JOHARI SAMBUT HARI JADI CUCU





7 Disember 2024 Buruwol, Damai: Johari Pangaju, AJK Bahagian Gagasan Rakyat N7 Tandek menyambut hari jadi cucunya, Wan-Wan, di rumah kediamannya.





KE ARAH KOTA MARUDU INDAH KEMAS DAN BERSIH, PEGAWAI DAERAH TURUN PADANG





Kota Marudu, 24 November 2024: Memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah pada 1 April, 2024, Meirin Sugara yang juga merupakan Pegawai Daerah ketiga Wanita Kota Marudu muncul sebagai pegawai yang prihatin tentang kebersihan dan keselesaan Pekan-Pekan Kota Marudu.





SEKILAS MEMORI HARI KELUARGA SEKOLAH RENDAH DAN TADIKA ADVENT DAMAI





BIASANYA, pada zaman ini, surat jemputan tidak perlu dihantar dengan tangan sebab ia boleh muncul begitu saja dalam hand phone tetapi kerana begitu menghormati jemputan, Albert Simber, AJK Perhubungan Hari keluarga Sekolah Rendah dan Tadika Advent Damai sanggup datang jumpa Penulis sendiri. “Jangan lupa datang,” katanya mengingatkan Penulis hari keluarga berkenaan pada 28 November 2024.





MANUSIA SEBAIK-BAIK KEJADIAN, KATA DR. JANATHAN





Kg. Gana, 22 November 2024: Manusia adalah sebaik-baik kejadian, kata Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek.





DO KOTA MARUDU LAUNGKAN MARUDU BEBAS SAMPAH





Kota Marudu, 18 November 2024: Pegawai Daerah Kota Marudu melaungkan Marudu Bebas Sampah bersama-sama dengan anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, ahli NGO dan ahli Syarikat swasta Kota Marudu.





KE ARAH MASYARAKAT SIHAT DAN SEJAHTERA, KERAJAAN BERIKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA





Kota Marudu, 19 November 2024: Skim Pemeriksaan Kesihatan Percuma Rakyat Sabah adalah keprihatinan Kerajaan kepada rakyat supaya masyarakat sihat dan sejahtera.





MARI GOTONG ROYONG, KATA MAJAWAB





Pekan Tandek, 14 November 2024: Majawab Masantun menyeru orang ramai menyertai Gotong Royong Perdana 2024 Kota Marudu.





CFM sebagai pemudah cara isu perkhidmatan telekomunikasi





Podcast Borak Harini yang dibawakan oleh Berita Harian (BH), kali ini membincangkan topik yang dekat dengan masyarakat yang pasti mempunyai pengalaman berdepan dengan masalah berkaitan telefon mudah alih berkaitan dengan bil dan langganan tanpa sedar.





Penduduk Kawasan Tanah Pertanian Kg Mamagun Wajar Diberi Hak Pemilihan Tanah Anak Negeri – Gundohing Edward Kandok





KENINGAU: Kawasan tanah pertanian di Kampung Mamagun di DUN Sook yang diusahakan oleh penduduk kampung sejak 1940 wajar dikeluarkan daripada tanah kerajaan.





GAGASAN MUNCUL BERWIBAWA DI HADAPAN RAKYAT





Kota Kinabalu 10 Oktober 2024: Parti Gagasan Rakyat Sabah muncul secara berwibawa di hadapan rakyat Sabah, kata Dato’ Dr. Janathan Kandok.





HAJIJI ANTAGONIS POSITIF





Kota Kinabalu 9 November 2024: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor adalah seorang pemimpin politik yang memainkan peranan antagonis positif menghadapi politik federalisme.





PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH PARTI NASIONALISTIK





Kota Kinabalu, 8 November, 2024: Parti Gagasan Rakyat Sabah adalah sebuah parti nasionalistik Sabah. Dato’ Dr. Haji Janathan Kandok menyatakan demikian sempena Perhimpunan Agung Tahunan parti tersebut pada 10 November ini.





BERITA BERGAMBAR





Menganggap dirinya membesar bersama Kastam, Dato’ Dr. Janathan Kandok, mantan Pengarah Kastam Sabah yang telah berkhidmat dengan jabatan itu melebihi empat dekad bermula daripada Pegawai Kastam hinggalah ke jawatan Pengarah Kastam Sabah tidak mensia-siakan peluang bertegur sapa dengan pegawai-pegawai penguatkuasaan dari Kastam Lahad Datu, petang tadi di Sulaman Central, Manggatal, Kota Kinabalu. Janathan mula bertugas di Jabatan Kastam pada 19 Oktober 1976 dan bersara pada 29 Ogos 2017.





PESTA SUKAN TERTUTUP GAGASAN RAKYAT P168 KOTA MARUDU





Kota Marudu 5 Oktober 2024: Pesta Sukan tertutup P168 Kota Marudu akan diadakan bulan Disember depan. Demikian diumumkan Datuk Maijol Mahap, Penyelaras pesta sukan tersebut. Maijol yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N6 Bandau berkata penyertaan adalah terbuka kepada ahli-ahli Gagasan Rakyat Bahagian Tandek, Bandau dan Matunggung sahaja. “Diharapkan melalui sukan, ahli-ahli Gagasan Rakyat ketiga-tiga bahagian dapat bersatupadu untuk kekuatan parti,” kata Maijol.





JANATHAN HADIR UPACARA PENGKEBUMIAN





Talantang I, Tandek 4 Oktober 2024: Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian N. 7 Tandek menghadiri upacara pengkebumian Guramboi bte Master di kg. Talantang I.





BUKU TENTANG GAGASAN RAKYAT BAKAL TERBIT





Kota Kinabalu, 4 November 2024: Sebuah buku tentang Parti Gagasan Rakyat Sabah akan diterbitkan tidak lama lagi. Mengumumkan perkara ini kepada pemberita The Voter Post di Kota Kinabalu hari ini, Mazod Ondu, Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Bahagian N7 Tandek berkata, buku tersebut diterbitkan untuk bahan bacaan ahli-ahli Gagasan Rakyat N7 Tandek dan juga sebagai bahan pembelajaran dalam bengkel anjuran bahagian tersebut.





PEMUDA PUNYA PERANAN PENTING DI AMBANG PILIHANRAYA





Kota Marudu 3 November 2024: Pergerakan Pemuda Bahagian Gagasan Rakyat N7 Tandek mempunyai peranan penting dalam persiapan menghadapi pilihanraya negeri ke-17.





SUMBANGAN KEBAJIKAN PERGERAKAN WANITA GAGASAN RAKYAT TANDEK





Kg. Nolotan, Tandek 29 Oktober 2024: Rita Hamdan, Naib Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Tandek menyampaikan sumbangan kepada Nurain Majunah Abdullah di rumahnya di Kg. Nolotan. Rita diiringi Rosny Gonsongeng, Bendahari Pergerakan Wanita, Edna Majudil, AJK Pergerakan Wanita dan Jaburah Dagilon, Ketua Penerangan Wanita.





BERITA BERGAMBAR BANTUAN KECEMASAN BENCANA ALAM





Kg. Patiu, Simpangan, Tandek 28 Oktober 2024: Dato’ Dr. Haji Janathan Kandok memberikan bantuan kecemasan kepada Ongek Umbaring, Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Kg. Patiu, Pusat Daerah Mengundi Simpangan, Tandek. Bumbung rumah diterbangkan angin kencang sabtu lalu 26 Oktober 2024.





BERITA BERGAMBAR PERGERAKAN WANITA GAGASAN RAKYAT TANDEK





Rita Hamdan, Naib Ketua Pergerakan Wanita PGRS Tandek menyerahkan kerusi roda kepada wakil penerima Rusinah Binti Kuyut di Kg Tangkol dalam Pusat Daerah Mangundi Sunsui pada 25 September 2024. Beliau diiringi Rosny Gansongeng, Bendahari Pergerakan Wanita dan Jaburah@ Debora D, Ketua Pusat Daerah Mangundi Sunsui. Kerusi Roda adalah sumbangan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Presiden Gagasan Rakyat





ELAK PERPADUAN GANTUNG





Kg Damai Tandek 12.10.24: Dato' Dr Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Tandek menyeru golongan muda untuk terus bergiat dalam sukan memandangkan kegiatan sukan mampu menyatu-padukan golongan tersebut.





RENTETAN PERISTIWA DILALUI HAJIJI SEJARAH PENTING SABAH





Kg. Kotud, Simpangan, Kota Marudu 27 Oktober 2024: Peristiwa yang dilalui Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebelum menjadi Presiden Gagasan Rakyat adalah sejarah penting Sabah.





Kerajaan negeri diseru percepatkan proses permohonan peserta Tanaman Getah Berkelompok di Sook – Edward Kandok





KENINGAU, 24 OKTOBER 2024: Kerajaan negeri diseru untuk mempercepatkan proses permohonan peserta Tanaman Getah Berkelompok bagi Daerah kecil Sook yang diyakini dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat khasnya kawasan pedalaman.





LAPORAN BERITA SEKITAR MESYUARAT TAHUNAN WANITA BAHAGIAN PGRS TANDEK







COVID DAN POLITIK TIDAK STABIL CABARAN AWAL





PITAS, 23 SEPTEMBER, 2024: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata bahawa ketika mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Sabah, beliau menyedari Sabah tidak mempunyai halatuju. Hajiji yakin Sabah Maju Jaya yang terdapat dalam Jata Negeri Sabah adalah paling sesuai diangkat sebagai halatuju Kerajaan di bawah pimpinannya.





VVIP LAWAT BOOTH KOPERASI VIPROLABS BERHAD





Datuk Ewon Benedict, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Melawati Booth Koperasi Viprolabs Borneo Berhad.





PENYERTAAN WANITA DALAM POLITIK MAMPU MAJUKAN MASYARAKAT





Bian Republic, 14 September, 2024: Penyertaan wanita dalam politik mampu majukan masyarakat. Demikian dinyatakan Jeson Majimal, Timbalan Ketua Bahagian PGRS Tandek ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Bahagian Pergerakan Wanita PGRS Tandek di Bian Republic, Simpang Tiga Damai.





REMBESAN KEGEMBIRAAN KRITIKAL BAGI PEMIMPIN PGRS





Republik Kota Marudu, 22 Ogos 2024: Pemimpin Gagasan Rakyat Tandek, perlu sentiasa ceria dalam melaksanakan tanggungjawab.





PASTIKAN GRS MENANG





Pinawantai Matunggong, 21.9.24: Ahli-ahli GRS bersatu supaya GRS menang dalam PRN 17 akan datang.





TUNAIKAN AMANAH, KATA MASIDI





Bian Republic, Simpang 3 Damai 15.9.24: Ahli-ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tandek dinasihati menunaikan tanggungjawab dengan jujur.





KETUA PDM SUNSUI MULAKAN GERAKAN





Tangkol, 2 March, 2024: Gagasan Rakyat Tandek di Pusat Daerah Mengundi Sunsui mula melakukan gerakan selaras dengan Tawkim parti berkenaan bagi tahun 2024.





BERITA BERGAMBAR





Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek menghadiri Majlis Perkhawinan anakanda kepada Unai Binti Ayab, Ketua Cawangan Silow Silow di GL Hotel 2/4/2024.





PERJUANGKAN IDEOLOGI GAGASAN RAKYAT





Tandek, 11 Februari, 2024: Ahli-ahli Gagasan Rakyat Bahagian Tandek digerakkan untuk memperjuangkan ideologi Parti Gagasan Rakyat Sabah.





JANATHAN HADIR MAJLIS JELAJAH WANITA PGRS





KOTA MARUDU, 17 Februari, 2024: Wanita PGRS mengadakan Majlis Jelajah Wanita PGRS di Dewan Komuniti Kota Marudu hari ini. Antara Ketua Bahagian PGRS yang hadir ialah Dato’ Dr. Janathan Kandok.





JANGAN TENGGALAM DALAM SISTEM, KATA JANATHAN





Tandek, 24/2/24 Sabtu: Pemimpin-pemimpin Gagasan Rakyat dinasihatkan mengatur diri supaya selamat dalam sistem kuota politik tanah air.





VEA VALLERICA JUARA SARINGAN BINTANG GAGASAN RAKYAT TANDEK PDM TINGKALANON





TANDEK, 24/2/2024: Vea Vallerica dari Kg. Tingkalanon muncul juara saringan Bintang Gagasan Rakyat Tandek yang diadakan di Pekan Tandek.





DR JANATHAN DILANTIK KONSLUTAN MAJLIS PENGAKAP NEGERI SABAH



Oleh Bullan Tawana, 16 July 2023





Kota Kinabalu: 16 Julai, 2023: Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek dilantik sebagai Konsultan Penulisan dan Kewartawanan Pengakap Sabah.





PERKASAKAN PENGAKAP SABAH, JAMAL LANTIK TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA, PESURUHJAYA DAN KONSULTAN



Oleh Bullan Tawana, 16 July 2023





Kota Kinabalu, 16 Julai, 2023: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (Pengakap Sabah) melantik Konsultan dan Pesuruhjaya Pengakap baru untuk memperkasakan Pengakap Sabah.





PEMUDA GAGASAN RAKYAT TANDEK BERJUANG PENUHI KEPERLUAN RAKYAT



Oleh Bullan Tawana, 29 July 2023





Tandek, 29 Julai, 2023: Pemuda Gagasan Rakyat Tandek menyokong visi Ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat Tandek. Menyatakan perkara ini dalam sidang media sosial sebaik selesai mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda Gagasan Rakyat Tandek di Pejabat parti berkenaan di Simpang Tiga Damai, Hilman Dino Lantubon, Ketua Pemuda bahagian berkata bahawa mesyuarat tersebut telah berjaya menetapkan visi, iaitu berjuang memenuhi keperluan rakyat Tandek.





RAKYAT WAJAR JADIKAN PEMIMPIN TERHUTANG BUDI



Oleh Bullan Tawana, 29 July 2023





Tandek, 29 Julai, 2023: Rakyat wajar menjadikan pemimpin terhutang budi kepada rakyat, kata Dato’ Dr. Janathan Kandok, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tandek.





KEPIMPINAN FUNGSIONAL PENDEKATAN TERBAIK MEMBANGUN TANDEK



Oleh Bullan Tawana, 9 July 2023





Tandek 9 Julai, 2023: Kepemimpinan yang menekankan peranan dan tanggungjawab fungsional adalah pendekatan terbaik dalam membangunkan N7 Tandek.





TIGA KETUA BAHAGIAN P168 KOTA MARUDU HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA



Oleh Bulun Tawana, 17 April 2023





Tuaran, 16 April 2023: Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah P168 Kota Marudu menghadiri Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri Sabah di Tuaran malam Ahad lalu.





AJK BAHAGIAN GAGASAN RAKYAT TANDEK BERSEDIA MENUJU KEJAYAAN



Oleh Bulun Tawana, 9 April 2023





Kota Marudu, 9 April 2023: Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Gagasan Rakyat N7 Tandek bersedia menuju kejayaan.





JANATHAN LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT



Oleh Bulun Tawana, 28 Mac 2023





Janathan (kiri) bersama Maijol



Kota Kinabalu, Isnin: Dato’ Dr. Janathan Kandok melakukan kunjungan hormat terhadap Datuk Maijol Mahap, Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di pejabatnya di Kingfisher.





DR. J MUNGKIN TANDING



Oleh Bulun Tawana, 28 October 2022





Dr. J



Kota Marudu: Dato’ Dr. Janathan Kandok atau lebih dikenali sebagai DR. J dalam kalangan rakan-rakan Wartawan mungkin bertanding dalam PRU 15 ini.





APA SAJALAH KEMBALI TEMUI PEMBACA



30 January, 2022





Kota Marudu: Kolum APA SAJALAH akan Kembali menemui pembaca tidak lama lagi. Penulisnya, Dato’ Dr. Janathan Kandok berkata demikian ketika ditanya mengapa kolum berkenaan tidak lagi diterbitkan.





MANTAN PEGAWAI EKSEKUTIF TERIMA IJAZAH



22 December, 2021





Abdul Said Ombok



Skudai, Johor: Abdul Said Ombok, Mantan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan menerima Professional Master in Political Science daripada Universiti Teknologi Malaysia, Johor pada 20 Disember lalu.





UTAMAKAN KEMANDIRIAN PDIS



9 November, 2021





Abd Kadir (duduk tengah) bersama AMT baru PDIS



Kundasang: Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) hendaklah mengutamakan kemandirian. Demikan dinyatakan Datuk Prof. Madya Dr. Abd. Kadir Rosline, Timbalan Presiden PDIS ketika menyampaikan ucapan dasar pertubuhan itu dalam mesyuarat Agung Dwi Tahunan pertubuhan itu di Kundasang baru-baru ini.





PENASIHAT KIMARAGANG MALAYSIA ADAKAN MAJLIS DOA SELAMAT



2 November, 2021





Datuk Abd. Latiff Kandok



Datuk Abdul Latiff Kandok, Penasihat Pertubuhan Kimaragang Malaysia (Kimaragang) telah mengadakan majlis doa selamat di rumah kediamannya di Kg. Damai, Kota Marudu.





LATIFF ZIARAH MAQAM TUN SAKARAN



25 October, 2021





Abdul Latiff Kandok (kanan) dan Matnoor



Sembulan: Datuk Abdul Latiff Kandok menziarahi pusara Tun Sakaran Dandai di maqam pahlawan baru-baru ini. Abdul Latiff ialah mantan Naib Presiden dan Setiausaha Agung USIA semasa Tun Sakaran Presiden USIA.





DULU TIGA KALI TERIMA GAJI



24 October, 2021





Soloi bin Kutut (kanan)



Pekerja-pekerja Langkon Rubber Estate terima gaji tiga kali dalam sebulan, Kata soloi bin Kutut, Mantan Pegawai Pamol Plantation Sdn Bhd.





LOMPAT PARTI KHIANATI PENGUNDI



17 October, 2021





Romzi Abdullah



Perbuatan melompat parti adalah perbuatan mengkhianati pengundi. Demikian pandangan Romzi Abdullah, Ketua Bahagian PBS Darau.





KIMARAGANG KEMUKA CALON ANUGERAH



17 October, 2021





Datin Justina Tuyundo



Pertubuhan Kimaragang Malaysia (Kimaragang) mengemukakan calon untuk Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.





ONEH GIGIH LESTARIKAN KIMARAGANG



17 October, 2021





Oneh Latifah Osman



Memanggil dirinya Bobolian Moden, Oneh Latifah Osman gigih memperkenalkan budaya Kimaragang dalam pelbagai cara.





MALAYSIA PERLU LEBIH RAMAI PEMIMPIN BERORENTASIKAN DATA



9 October, 2021





Dato' Dr. Janathan Kandok



"Wakil kita perlu ada budaya bercakap dengan data dan dalam konteks dasar," kata Dr. J.





ZAMAN KERAJAAN SRPERTI DEWA MAHA MENGETAHUI SUDAH BERAKHIR



8 October, 2021





Dato' Dr. Janathan Kandok



"Dahulu, lama dulu, pemerintah dianggap dewa. Rakyat dianggap tidak tahu apa-apa. Zaman itu sudah limpas," kata Dr. J.



Subscribe for updates